"Kadang-kadang aku benci diri aku sendiri
Sebab tak reti-reti nak jadi anak yang soleh(ah)"
Abah,
Dari kecik sampai la sekarang
Tak pernah putus-putus menabur bakti pada kami.
Sekarang bila dah kerja
Ingatkan dah takkan susahkan Abah
Tapi rupanya masih sama
Dan Abah,
Masih melayan kami seolah-olah kami anak kecilnya.
Selalu pagi-pagi;
Abah hantar ke tempat kerja
Dan selalunya kalau mama tak sempat sediakan sarapan
Abah akan masak / beli
Dan Abah jugaklah yang akan siapkan bekal untuk kami.
Terharu.
Lidah aku kadang kelu.
Rasa tak mampu untuk membalas setiap satu.
Dan sebab itu, aku tetap bertahan bekerja dengan bank ni
Walaupun selalu hati aku menjerit mahu berhenti
Setiap bulan rasa puas hati dapat beri ke mama dan abah duit
Tak banyak, tapi rasa puas
Rasa puas dapat belanja adik beradik
Puas,
Dan kau takkan faham kalau engkau tak pernah memberi.
Susah Mama dan Abah sewaktu membesarkan kami dulu
Aku tak akan lupa, tak akan pernah aku lupa
Kata Mama, "Dulu jeling-jeling je tengok skirt 5 ringgit kat pasar nak belikan untuk korang. Kadang-kadang pergi 2,3 kali tapi tetap tak beli sebab nanti tak cukup duit pulak."
Balas aku, "Tak pe ma, anan pon tak nak pakai skirt."
Sekarang, ya sekarang. Dah tiba masanya untuk aku membalas dan memberi semula.
Bilik Kongsi
3.54 pm
Saturday, June 2, 2012
Mama dan Abah
Posted by Mystic--Legend-- at 12:55 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment