BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 15, 2012

Sigh

Tak, aku tak baik pon.
Tapi aku rasa manusia sekarang makin parah. Ye, aku pon sama. Jadi sama-sama lah ingatkan.

Aku rasa nak lempang je budak pompuan yang bangga JB peluk dia. Geez. U know what girl, ure pathetic, very.

Sigh.

Saturday, June 23, 2012

Polo



KL Alternative Bookfest 2012, Central Market. 


Friday, June 22, 2012

Dunia

Tika dunia buat ku alpa
Dia turunkan ingatan supaya aku jangan leka. 


Kawan

Bukan senang nak cari kawan senang dan susah. 


Sampai mati pon, bukan semua kawan yang engkau anggap kawan baik tu sama-sama hidup dalam senang dan susah engkau. 

Mudah, bersederhana dalam bersahabat, dalam berkawan. Hati engkau takkan susah. 



Tuesday, June 12, 2012

...

I hate myself when I keep delaying my prayer. 

Ah!

O Allah please forgive me..

Sunday, June 10, 2012

Pahit VS Manis

Adik 1: Masa akak dekat US dulu, apa kenangan yang akak tak boleh lupekan sangat2? Maksud saya kenangan yang pahit..


Aku terbehenti cuba mengingati ;

Aku: Kalaupun kenangan tu pahit sewaktu di US dulu, kini bila sudah kembali ke Malaysia, semuanya jadi manis belaka..

Sungguh, aku rindu. 

Saturday, June 2, 2012

Mama dan Abah

"Kadang-kadang aku benci diri aku sendiri 
Sebab tak reti-reti nak jadi anak yang soleh(ah)"

Abah,
Dari kecik sampai la sekarang
Tak pernah putus-putus menabur bakti pada kami.

Sekarang bila dah kerja
Ingatkan dah takkan susahkan Abah
Tapi rupanya masih sama
Dan Abah,
Masih melayan kami seolah-olah kami anak kecilnya.

Selalu pagi-pagi;
Abah hantar ke tempat kerja
Dan selalunya kalau mama tak sempat sediakan sarapan
Abah akan masak / beli
Dan Abah jugaklah yang akan siapkan bekal untuk kami.

Terharu.
Lidah aku kadang kelu.
Rasa tak mampu untuk membalas setiap satu.

Dan sebab itu, aku tetap bertahan bekerja dengan bank ni
Walaupun selalu hati aku menjerit mahu berhenti
Setiap bulan rasa puas hati dapat beri ke mama dan abah duit
Tak banyak, tapi rasa puas
Rasa puas dapat belanja adik beradik
Puas,
Dan kau takkan faham kalau engkau tak pernah memberi.

Susah Mama dan Abah sewaktu membesarkan kami dulu
Aku tak akan lupa, tak akan pernah aku lupa
Kata Mama, "Dulu jeling-jeling je tengok skirt 5 ringgit kat pasar nak belikan untuk korang. Kadang-kadang pergi 2,3 kali tapi tetap tak beli sebab nanti tak cukup duit pulak."
Balas aku, "Tak pe ma, anan pon tak nak pakai skirt."

Sekarang, ya sekarang. Dah tiba masanya untuk aku membalas dan memberi semula.

Bilik Kongsi
3.54 pm